Pengalaman Menggunakan Kad Kredit

Rasanya rata – rata pakar
kewangan akan cakap benda yang sama. Saya pun sama.juga , saya dah ikut saranan
JANGAN GUNA KAD KREDIT. Potong atau gunting kad tu.
Mesti GUNTING>>>>>>

Mula –mula rasa payah
sangat…yelah kepuasan membeli mengatasi segala.
Terus terang saya pernah berhutang dengan kad ni hingga mencecah puluh
ribu…ngeri bila nak ingatkan balik. Mana taknya..beli barang beribu…bayarnya
paling minima.
Sehinggalah suatu hari saya macam tersedar dari lamunan…apa yang saya nak
ni…beli barang hutang…bergaya je lebih.Swipe untuk isi minyak…berjalan sana
sini.. Dulu saya punya 5 kad..antaranya Citi Bank, Standard Chartered, Maybank,
Hong Leong dan RHB….Giler kan…macam hebat.
Bayar minima je bulan-bulan…Dalam
tak sedar interestnya makan tuan. Saya kumpul semua bil-bil….renung dan tenung
angka-angka tu…huisshhh…
![]() |
| Suze Orman & Oprah Winfrey |
Saya tertengok rancangan Oprah Winfrey tu…dia jemput Pakar Kewangan Suze
Orman. Menceritakan masalah orang yang berhutang. Cara nak selesaikannya
senang.GUNTING KAD KREDIT tu….Saya buat….saya gunting…dan pergi ke bank-bank
yang saya pernah apply.Cara nak bayar..saya bayar dalam jumlah yang besar
sedikit dari minimum tiap-tiap bulan..Ada offer balance transfer ke kad kredit
baru, dengan interest yang kecil, terus saya buat. Dari banyak kad ke satu kad
sahaja…itupun buat berperingkat-peringkat….Berkat sabar membayar hutang., kini
saya bebas kad kredit. Hutang pun dah langsai..lega sangat. Saya bebas pada
tahun 2009 sepenuhnya.
Ikutkan hutang sebenarnya tak banyak…tapi akibat bayar minima bulan-bulan,
hutang jadi banyak dan menimbun. Bermula dari keinsafan tu…saya rajin-rajin
membaca mengenai kewangan. Membeli buku motivasi berkenaan dengan kewangan.
Bila umur dah meningkat baru nak menyimpan sikit-sikit…walau dah macam
terlambat tapi saya bersyukur dari terus menerus khayal dengan kepuasan membeli
dengan wang plastik.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan