Setiap tahun, selain daripada mendengar lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014, kita akan selalu mendengar lagu wajib iaitu lagu Tanggal 31. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia samada yang tua atau yang muda akan sama-sama menyanyikan lagu ini. Dengan nada lagu yang rancak, bersemangat dan penuh patriotik, semua akan suka menyanyikan lagu ini, setidak-tidaknya walau lupa lirik, kita akan menyanyikan bait TANGGAL TIGA PULUH SATU ...BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUH....kan?Betul tak?
Ahmad CB atau Ahmad Chass Bara merupakan penyanyi asal lagu Tanggal 31. Pada mulanya saya ingat Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Ini merupakan petikan dari wikipedia.
| wikipedia |
Ahmad Chass Barra atau lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Ahmad Chass Barra berasal dari Indonesia, tetapi telah menetap di Malaysia sebagai pemastautin tetap semenjak 1979.
Beliau terkenal dengan lagu Cincin Belah Rotan, Tanggal 31 (dirakam semula oleh arwah Sudirman sempena Hari Kebangsaan) dan padusuaranya dengan Saloma iaitu Belo Belo.
Lagu Belo Belo ini pernah dirakam semula oleh Ahmad CB dengan salah seorang penyanyi wanita di sekitar tahun 80an.
Ok mari kita dengar lagu Tanggal 31 dendangan Ahmad CB
Amacam?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan