31 Ogos 2014
57 tahun Kemerdekaan Malaysia
Dah 57 tahun merdeka
Merdeka dari jajahan
Ahad, 31 Ogos 2014
Selasa, 26 Ogos 2014
Tips Simpan Wang - Cabaran 45 Hari
Macam album gambar biasa kan?Apakata gunakannya dan jadikan tabung....hihihi.
![]() |
| Tabung Baru Cabaran 45 Hari Capslock2133 |
Hari ni 26 Ogos 2014. Maka saya akan masukkan RM26 dalam album ni. Ini antara kaedah nak simpan wang yang saya baru dan sedang buat. Terjumpa kat google kaedah ni , tapi 52 hari, tapi saya buat 45 hari. Kenapa 45 hari , kerana tu kaedah saya...kikiki..poyonye...Taklah saya buat 45 hari sebab nak dapat cecah seribu..itu je...Lagi pun baru 26 hari ni cabarannya..Masukkan duit mengikut hari. Saya buat cabaran 45 hari.
Maksudnya macam ni.
Setiap hari masukkan mengikut tarikh. Contoh 1 Ogos, maka saya masukkan RM1. Esoknya 2 Ogos, maka saya perlu masukkan RM2...dan seterusnya.
Ada kawan yang cakap, Baik awak simpan je terus seribu...Tapi saya jawab, ni namanya cabaran.Saja suka-suka.Nak tengok boleh tak diri ini menyimpan kaedah ni.
Saya labelkan supaya nampak tarikh dan ringgitnya. Berdasarkan jadual ni...Jom kita tengok..Hari ni 26 Ogos 2014. Maka saya dah kumpul RM351 dalam album tu...hahahhaa....Bila dah cukup 45 hari saya dah dapat simpan RM1035..ini antara kaedah yang baru saya buat untuk tahun ni. Duit tu pun senang je cair kalau ke Mall...hhahaa...Takpe yang penting aku dah dan sedang menjalankan terapi menyimpan.....
| Jadual Cabaran 45hari capslock2133 |
Rabu, 20 Ogos 2014
Celcom - Potong bil internet
Ni lagi satu....dari dulu nak potong.
Sampai la satu masa, gigihkan diri ke blue cube tu.
Cik , saya nak potong bil internet saya boleh tak?
Boleh.
Sekarang ni bila dah potong, bil saya jadik berapa?
RM80
Oh...kalau macam tu boleh tak kurangkan sampai yang terendah sekali.
Ok tunggu jap ye Puan.
..........................................
Mmm...bil puan boleh saya kurangkan sampai jadi RM40 je.
Oh ye ke...kalau macam tu ada tak saya langgar apa-apa kontrak ke apa ke?
Takde...tapi Puan kena bayar RM40 untuk memulakan pakej baru.
Oh kena bayar heh...ok bolehlah saya setuju.Terima kasih ya
Sama-sama
Hihi..akhirnya berjaya kurangkan bil
Dari RM122 kepada RM40
Jimat RM82.00
Yeay....internet guna wifi kat tempat kerja dan kat rumah guna streamyx
je.....
ASTRO - Kurangkan Bil Bulanan
Dah lama sebenarnya nak kurangkan bil astro ni. Hari demi hari, bulan demi
bulan, hingga bertahun. Lagipun bukan tengok sangat pun . Balik balik tengok
707, 703, kikiki...saya ambil pakej apantah . Bulanan bayar RM135...mmm banyak
tu...setahun mahu cecah RM1620++.....mmmm....saya membiarkan diri membayar bil
yang saya jarang tengok siarannya. Lagipun banyak tengok internet berbanding
tv.
Hinggalah suatu masa , ada kekuatan diri pergi ke kaunter Astro tu. Padahal
boleh je call 1800 tu..hehheee...
Cakap dengan staff astro tu...boleh tak saya kurangkan yuran bulan-bulan
ni. BOLEH....nak yang macamana?
Buatkan saya bil yang paling terendah sekali...
Oh ok nanti saya buatkan.
Ok macam ni...setakat ni pakej boleh sampai RM65 je...
Oh...tak boleh cecah RM40 ke?
Tak sebab dah ambil pakej beyond.
Oh macam tu..ok lah. Terima Kasih
Sama-sama.
Hihi...senang je kan. Kenapalah lambat sangat aku nak kurangkan bil ni dan
membiarkan ianya begitu....ooohhhssss.....slow sungguh.
Dulu bayar RM135
Sekarang RM65
Jimat RM70 hehehe.
Tengah tunggu seru untuk terminate kan je terus.
Selasa, 19 Ogos 2014
Selamat Tinggal Kad Kredit
Pengalaman Menggunakan Kad Kredit

Rasanya rata – rata pakar
kewangan akan cakap benda yang sama. Saya pun sama.juga , saya dah ikut saranan
JANGAN GUNA KAD KREDIT. Potong atau gunting kad tu.
Mesti GUNTING>>>>>>

Mula –mula rasa payah
sangat…yelah kepuasan membeli mengatasi segala.
Terus terang saya pernah berhutang dengan kad ni hingga mencecah puluh
ribu…ngeri bila nak ingatkan balik. Mana taknya..beli barang beribu…bayarnya
paling minima.
Sehinggalah suatu hari saya macam tersedar dari lamunan…apa yang saya nak
ni…beli barang hutang…bergaya je lebih.Swipe untuk isi minyak…berjalan sana
sini.. Dulu saya punya 5 kad..antaranya Citi Bank, Standard Chartered, Maybank,
Hong Leong dan RHB….Giler kan…macam hebat.
Bayar minima je bulan-bulan…Dalam
tak sedar interestnya makan tuan. Saya kumpul semua bil-bil….renung dan tenung
angka-angka tu…huisshhh…
![]() |
| Suze Orman & Oprah Winfrey |
Saya tertengok rancangan Oprah Winfrey tu…dia jemput Pakar Kewangan Suze
Orman. Menceritakan masalah orang yang berhutang. Cara nak selesaikannya
senang.GUNTING KAD KREDIT tu….Saya buat….saya gunting…dan pergi ke bank-bank
yang saya pernah apply.Cara nak bayar..saya bayar dalam jumlah yang besar
sedikit dari minimum tiap-tiap bulan..Ada offer balance transfer ke kad kredit
baru, dengan interest yang kecil, terus saya buat. Dari banyak kad ke satu kad
sahaja…itupun buat berperingkat-peringkat….Berkat sabar membayar hutang., kini
saya bebas kad kredit. Hutang pun dah langsai..lega sangat. Saya bebas pada
tahun 2009 sepenuhnya.
Ikutkan hutang sebenarnya tak banyak…tapi akibat bayar minima bulan-bulan,
hutang jadi banyak dan menimbun. Bermula dari keinsafan tu…saya rajin-rajin
membaca mengenai kewangan. Membeli buku motivasi berkenaan dengan kewangan.
Bila umur dah meningkat baru nak menyimpan sikit-sikit…walau dah macam
terlambat tapi saya bersyukur dari terus menerus khayal dengan kepuasan membeli
dengan wang plastik.
PENYANYI ASAL LAGU TANGGAL 31
Bulan Kemerdekaan di sambut seluruh Malaysia pada 16 Ogos sehingga 16 September setiap tahun. Pelbagai aktiviti diadakan dan dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Aktiviti yang telah dirancang bolehlah kita rujuk di laman web berikut http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/aktiviti-dan-program .Tema Kemerdekaan 2014 ialah MALAYSIA DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.
Setiap tahun, selain daripada mendengar lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014, kita akan selalu mendengar lagu wajib iaitu lagu Tanggal 31. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia samada yang tua atau yang muda akan sama-sama menyanyikan lagu ini. Dengan nada lagu yang rancak, bersemangat dan penuh patriotik, semua akan suka menyanyikan lagu ini, setidak-tidaknya walau lupa lirik, kita akan menyanyikan bait TANGGAL TIGA PULUH SATU ...BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUH....kan?Betul tak?
Ahmad CB atau Ahmad Chass Bara merupakan penyanyi asal lagu Tanggal 31. Pada mulanya saya ingat Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Ini merupakan petikan dari wikipedia.
Setiap tahun, selain daripada mendengar lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014, kita akan selalu mendengar lagu wajib iaitu lagu Tanggal 31. Rasanya rata-rata rakyat Malaysia samada yang tua atau yang muda akan sama-sama menyanyikan lagu ini. Dengan nada lagu yang rancak, bersemangat dan penuh patriotik, semua akan suka menyanyikan lagu ini, setidak-tidaknya walau lupa lirik, kita akan menyanyikan bait TANGGAL TIGA PULUH SATU ...BULAN LAPAN LIMA PULUH TUJUH....kan?Betul tak?
Ahmad CB atau Ahmad Chass Bara merupakan penyanyi asal lagu Tanggal 31. Pada mulanya saya ingat Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Ini merupakan petikan dari wikipedia.
| wikipedia |
Ahmad Chass Barra atau lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.
Ahmad Chass Barra berasal dari Indonesia, tetapi telah menetap di Malaysia sebagai pemastautin tetap semenjak 1979.
Beliau terkenal dengan lagu Cincin Belah Rotan, Tanggal 31 (dirakam semula oleh arwah Sudirman sempena Hari Kebangsaan) dan padusuaranya dengan Saloma iaitu Belo Belo.
Lagu Belo Belo ini pernah dirakam semula oleh Ahmad CB dengan salah seorang penyanyi wanita di sekitar tahun 80an.
Ok mari kita dengar lagu Tanggal 31 dendangan Ahmad CB
Amacam?
Rabu, 6 Ogos 2014
Langgan:
Ulasan (Atom)






