Sabtu, 30 Mac 2013

Amazing Painter

Nampak macam senang...tapi ku tak boleh buat ;(                    

                             
 Kena sabar 
Minat 
Seni

Jumaat, 29 Mac 2013

Ku Tak Bermaksud Itu

Haa..kadang kita tak bermaksud pun apa yang kita cakap atau ajar.

Saya tak sangka pula apa yang pernah saya ajar membawa maksud yang lain.

Bila mengajar pelajar yang lemah, terutamanya Matematik, memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kadang dalam kepala kita, apalah teruk sangat budak ni. 4 tolak 6 pun tak tahu...negatif dua darab sebelas pun salah jawapannya.

Bukan budak darjah satu....tapi dah menengah atas....inilah masalah bagi pelajar yang lemah.

Asas matematik lemah dan kurang minat dengan subjek akademik ini.

Jadi saya gunakanlah kaedah Matematik yang saya pernah dengar dan gunapakai untuk kesekian kalinya.

Sekolah saya ni tak ramai pelajar berbangsa Cina. Kalau adapun seorang dua sahaja.

Kebetulan selama ini saya tidak berkesempatan untuk mengajar bangsa yang minoriti di sekolah saya.

Nak dijadikan cerita, tahun ini saya menggantikan guru Matematik kelas cikgu H.

Oh...dalam kelas ni ada pelajar bangsa Cina...Sopan budaknya dan sangat menghormati guru.

Kelas ni lemah jugalah tahap asas Matematiknya.

Bila tiba bab nak mengajar mencari nilai pada graf..Rupanya ada masalah...kebanyakkan tidak pandai menggunakan nombor negatif....berputar-putar jawapan diorang nih..hehhee..sabar..

Contohnya soalan mudah

y = 2x - 4

Katakan nilai x = -3    apa nilai y ?

Woahh...macam-macam jawapan yang saya dapat ..ada yang jawab 2, 10, main teka-teka tak usah cakaplah...sabar

Bila tak dapat jawab.....saya terus uji yang lain....saya dapat kesan bahawasanya mereka tidak tahu asas nombor negatif......

jika saya guna kaedah macam dalam gambarajah di atas....jangan haraplah FAHAM.....atau faham sementara sahaja...lepas tu LUPA.

Ok takpe....cikgu ajar awak kaedah ni....NENEPO, NEPONE, PONENE, POPOPO.....siap dengan nada bunyi seperti lagu kanak-kanak....

saya teruskan....NE maksudnya NEGATIF, PO maksudnya POSITIF

NENEPO
cth :  (-2)(-3) = 6 ......kan positif PO

NEPONE
cth : (-2)(3) = -6 .....kan negatif NE

PONENE
cth : (2)(-3) = -6.....kan negatif NE

mmmm.....wahhh..diorang rasa syok...nampak senang..apa lagi bagilah soalan yang nilainya besar-besar sikit.....kalini semua betul jawapan...lega.

Tapi ada seorang yang tersenyum-senyum..tertunduk-tunduk macam malu....tapi pandang muka saya...siapa lagi kalau tak pelajar cina yang satu-satunya dalam kelas ni. Ada seorang pelajar Melayu yang juga tersenyum sendiri.

Saya terus panggil nama dia...."Teo....kenapa ni...senyum-senyum pulak ,,,ada yang tak kena ke?"

"Mmmm..malu lah cikgu"...."saya tak pasti nak cakap kat cikgu ke tak..."

Pelajar Melayu tu pun satu....macam nak cakap tapi taknak cakap........ok....sabar

"Cakap lah...apa dia"....ada masalah ke dengan NENEPO ni?...

"Takde apa cikgu....saya nak cakap...tapi takut cikgu marah"

......" Takdenya nak marah"....."Saya kan baik"....kihkih ayat memancing...

Teo tak bercakap....dia cuma gerakkan tangannya ke dada....berulangkali

Opppss....terus saya faham apa maksudnya..."Oh maksud awak nene po tu breast ke?"

..Ya..

Aduhai.....tak sangka pulak jadi begini....

Saya Tak Bermaksud Begitu.

Dengan profesionalnya , terus saya kata, jika negatif yang kita fikirkan negatiflah jadinya.

Haha.....

Habis kelas terus jumpa Cikgu Chinese...betul ke apa yang dikata..
Dialek Hokkien katanya.....hahhhh..
                                              




Tahun Terakhir Untuk Matematik SPM 2013

Tahun ini , tahun 2013 merupakan tahun terakhir untuk saya mengajar subjek Matematik SPM.
Sedih juga rasanya..tapi tak mengapalah..saya tetap mengajar subjek ini juga. Matematik Tahun 1.

Sepanjang mengajar subjek ini, ada beberapa perkara yang saya lihat terutamanya calon-calon SPM   yang kurang atau tidak mengambil perhatian terhadap langkah kerja atau sambil lewa semasa menjawab soalan Matematik.

ada 20 tajuk...nak kena cover........untuk satu hari.

haaaaaha...yang tak buat ulangkaji memang akan hantar kertas KOSONG.

Ada juga yang memilih dan menjawab bahagian yang dia rasa tahu saja....itupun belum tentu dapat markah penuh....hampa kan.

Maka untuk itu saya akan beri beberapa tips yang mana memungkinkan calon lemah untuk lulus sekurang-kurangnya atau mendapat A+


TIPS MENDAPAT MARKAH YANG BAIK DALAM MATEMATIK SPM

  1. Buat ulangkaji    

Kenapa perlu buat ulangkaji. Kerana bila diulang berkali-kali latihan matematik , kita akan dapat mengingat langkah-langkah dengan betul.

                                      
Melatih otak berfikir....walaupun menjawab soalan yang sama dan yang hampir sama. Pelajar mesti terPAKSA membuat ulangkaji.WAJIB.

2. Ketahui patern atau bentuk soalan SPM 
    Bentuk soalan tahun yang lepas-lepas...kena lihat, mesti tengok patern soalan.. bila kita semak,
    didapati bentuk soalan adalah lebih kurang sama dan tukar nombor sahaja.
                                          
    Contohnya soalan pertama mesti soalan set ataupun ketaksamaan...soalan kedua mesti soalan
    kuadratik,...soalan keduabelas mesti soalan graf....dan ianya tidak banyak berubah dari segi cara
    menjawab. Kemungkinan skema jawapan sahaja yang memberatkan markah pada soalan-soalan
    tertentu.

   
3. Tulisan jelas 
Apa maksud tulisan jelas..ada dikalangan pelajar menulis seperti cakar ayam..sambil lewa..mengharapkan guru dan penanda kertas soalan faham akan tulisannya..Tidak semua orang faham akan tulisan yang comot.Anggapan pelajar dengan anggapan guru berbeza.
Contoh yang sering saya jumpa ialah
  1. menulis nombor 5 seperti huruf S
  2. menulis nombor 4 seperti huruf y
  3. tidak membuat tanda =  , contohnya persamaan y = 2x + 3 ada pelajar menulis y 2x + 3.....rugi   bukan....1 markah di situ.
  4. tidak menulis y dalam persamaan ( UNTUK SOALAN GRAF) contohnya persamaan y = 2x + 3......ada pelajar yang menulis = 2x + 3....aduhai mana y nya,,,,,hilang lagi 1 markah.
  5. tidak pasti samada di tulis point atau tidak untuk nombor perpuluhan.  Contohnya : 2.3   dengan 23 manakan sama ya tak?
  6. menambah tanda per pada jawapan translasi.
  7. jawapan untuk translasi , tetapi pelajar tulis dalam bentuk koordinat.
  8. melukis graf comot dan tidak melalui point.....tahukah anda ada 4 markah disitu
  9. menulis rapat-rapat..seolah-olah kertas tak cukup lebar....sakit mata dik oiii.  ;)
Cuba pelajar semak kembali tulisan anda.... ya betul ada juga yang tulisan nampak cincai tapi bijak dan hebat juga.Saya tak kisah itu semua...tetapi bagi pelajar yang sederhana dan lemah, takkan nak cincai juga kan?

4. Masa
    Peruntukkan masa menjawab dengan betul....selalu saya kata dalam kelas saya ....Graf macam
    ni pun awak buat 24jam baru siap...takkan waktu exam pun 24jam?
         
Ok....waktu belajar, memang cikgu akan ajar step by step...langkah satu buat apa..langkah kedua dan seterusnya...kemudian cikgu bagi latihan. Masalah yang jelas ialah, ada pelajar tidak mahu memperuntukkan waktu menjawab soalan dengan masa tertentu. setkan jam anda....try tengok untuk satu soalan berapa minit aku boleh siapkan...macam buang masa kan....tapi itulah masanya.

5. Senaraikan subtopik atau topik yang lemah dalam MATEMATIK
Ambil sekeping kertas....senaraikan dahulu tajuk-tajuk untuk Topik Tingkatan 4 dan 5, juga beberapa tajuk tingkatan 3 yang wajib keluar SPM seperti soalan PERIMETER DAN LUAS, dan SOLID GEOMETRY.
Jika waktu sekarang,bukan semua tajuk yang pelajar pelajari bukan?..baru akhir bulan March 2013...mungkin baru beberapa bab dalam sukatan yang baru belajar. Tak mengapa, senaraikan juga....yang penting tajuk yang lepas-lepas, adakah sudah dicover dengan ulangkaji? tengok mana yang lemah...kalau semua lemah cikgu, macamana? Jawapannya senang...ulang balik apa yang saya kata pada perkara nombor 1 di atas.  ;)

Moga tips di atas bermanfaat kepada pelajar ya.
                                   
                                

Terima Kasih.
Nukilan Cikgu caPslock.

HARI PERTAMA DENGAN BLOG BARU

Capslock   CAPSLOCK...